"Kerja Cari Duit Sendiri, Bila Ditendang Suami Ada Tempat Berteduh"
Tidak dinafikan kalau lihat perkongsian Anzalna Nasir dan suami memang terselah kebahagiaan mereka berdua. Namun bagi Anzalna, beliau enggan terlalu bergantung hidup kepada suaminya dan ingin mencari rezeki sendiri supaya tidak terkapai-kapai jika ditinggalkan suami kelak.
“Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia. Bagaimana jika suami kita meninggal dunia. Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita”
Sebelum ini dek kerana kerap berkongsi detik kebahagiannya bersama suami di laman sosial, Anzalna didakwa seolah-olah terlalu menunjuk-nunjuk. Namun pelakon itu menjelaskan tiada niat untuk dirinya berlagak kepada peminat, hanya ingin menjadikan ia inspirasi buat pasangan lain. (rkty/w)