Kaum Wanita Sekalian,Sila Jangan Ambil Remeh ... Sila Ambil Tahu Ini Adalah 7 Tanda Awal Kanser Ovari Yang Disangka Sakit-Sakit Biasa



Kanser ovari adalah sejenis kanser yang bermula di dalam ovari. Wanita mempunyai dua ovari, satu pada setiap sisi rahim. Ovari adalah organ wanita yang mengeluarkan telur disamping merembes hormon estrogen dan progesteron.

Kanser ovari biasanya tidak dikesan di peringkat awal dan wanita cuma menunjukkan gejala apabila ia sudah merebak ke kawasan pelvis dan usus. Pada peringkat ini, kanser ovari lebih sukar dirawat dan sering membawa maut.

cara-rawat-kanser-rahim-pcos.jpg?resize=

Sekiranya kanser ovari di kesan pada peringkat awal peluang untuk ia dirawat dengan lebih berkesan adalah tinggi.

Gejala Kanser Ovari

Peringkat awal,kanser ovari jarang menyebabkan apa-apa gejala kalau ada pun ia sering disalah anggap sebagai masalah biasa seperti masalah sembelit, perut kembung dan sakit gastrik.Bila ia sudah merebak, gejala-gejala yang kerap terjadi termasuk:
  • Kembung melampau
  • Cepat rasa kenyang apabila makan
  • Kurang selera makan
  • Berat badan berkurangan dengan mendadak
  • Ketidakselesaan pada pelvis
  • Perubahan tabiat membuang air besar, seperti kerap sembelit
  • Kerap untuk membuang air kecil

Punca Kanser Ovari

Setakat ini tiada punca yang jelas kenapa wanita mengalami kanser ovari tetapi terdapat faktor-faktor tertentu yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat kanser ovari:

1. Usia

Kanser ovari boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia lebih kerap terjadi di kalangan wanita berumur 50 hingga 60 tahun.
2. Mewarisi Mutasi Gen
Sebilangan kecil kanser ovari adalah disebabkan oleh mutasi gen yang boleh diwarisi dari ibu atau saudara perempuan. Gen ini yang dipanggil BRCA1 dan BCRA 2 adalah Gen yang sama yang boleh menyebabkan kanser Payudara.
Mutasi Gen yang menyebabkan sindrom Lynch, yang dikaitkan dengan kanser usus besar, juga meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser ovari.
3. Estrogen Terapi penggantian hormon (HRT)
Pengambilan HRT terutama apabila diambil dalam jangka masa yang panjang dan dalam dos yang tinggi dikaitkan dengan Kanser ovari.
4. Umur semasa haid bermula dan berakhir.
Jika anda mula haid sebelum umur 12 atau menopaus menjalani selepas umur 52, atau kedua-duanya, risiko kanser ovari menjadi lebih tinggi.
Lain Lain faktor termasuklah:
5. Wanita yang tidak pernah hamil.

6. Wanita yang pernah mendapat rawatan kesuburan.

7. Perokok.

8. Pengidap Sindrom ovari polisistik (PCOS)

Bagaimana Diagnosa Dibuat

Diagnosa selalu di buat dengan mengunakan cara Pengimejan, seperti ultrasound, MRI atau imbasan CT pada bahagian Pelvis dan Abdomen. Ujian-ujian ini boleh membantu menentukan saiz, bentuk dan struktur kanser ovari.
Ujian darah boleh mengesan protein (CA 125) boleh memberikan idea jenis kanser ovari yang wanita hadapi.

Pembedahan
ovarian-cancer-chemotherapy-41.jpg

Kadang kadang sekiranya diagnosa menjadi tidak jelas, pembedahan akan dilakukan untuk mengambil sampel tisu untuk mengesahkan dengan tepat diagnosis kanser agar rawatan tepat dapat diberikan. Jika ia pasti kanser, pakar bedah akan cuba membuang sebanyak mungkin kanser ada.
Pembedahan juga dapat menentukan sejauh mana peringkat kanser anda. Ia boleh membantu menentukan prognosis anda dan pilihan rawatan anda.

Peringkat kanser ovari termasuk:

Peringkat I. Kanser hanya dijumpai di dalam satu atau kedua-dua ovari.

Peringkat II. Kanser telah merebak ke bahagian lain pelvis.

Peringkat III. Kanser telah merebak ke bahagian abdomen.

Peringkat IV. Kanser ditemui di luar abdomen.

Rawatan kanser ovari biasanya melibatkan gabungan pembedahan dan kemoterapi.

Pembedahan selalunya melibatkan pembuangan kedua-dua ovari, tiub fallopio, rahim dan nodus limfa yang berhampiran dan juga organ organ dalaman yang terlibat.

Sekiranya kanser di jumpai pada peringkat awal atau peringkat 1, pembedahan mungkin akan melibatkan pembuangan satu ovari dan tiub fallopio sahaja untuk mempastikan wanita masih boleh hamil walaupun selepas pembedahan. Ia selalunya dibuat pada wanita yang masih muda

Kemoterapi

Selepas pembedahan, anda mungkin akan dirawat dengan kemoterapi untuk membunuh sel-sel kanser yang masih berleluasa dalam badan. Ubat kemoterapi disuntik ke dalam salur vena atau terus ke dalam rongga abdomen atau kedua-duanya.

Kemoterapi boleh digunakan sebagai rawatan awal bagi sesetengah wanita dengan kanser ovari yang lebih advanced seperti peringkat 3 dan ke 4.

Cara Pencegahan

Tidak ada cara yang pasti untuk mencegah kanser ovari tetapi kajian menunjukkan Penggunaan pil perancang melebihi 10 tahun, hamil dan penyusuan badan dikaitkan dengan kurang risiko untuk mendapat kanser ovari.

Apa Yang Saya Perlu Buat

Pastikan anda membuat pemeriksaan kesihatan rutin setiap tahun. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasound boleh memberikan diagnosa sebelum gejala masih belum timbul. Jumpa doktor anda hari ini.

Oleh: Dr R Juhaidah (Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong)alamhamilblog.com

Sumber: penmerahpress

Tags

Popular Posts